Assalamualaikum...
Anda juga boleh melayari Facebook page Dedaun Hijau di Angin Lalu. Search sahaja Dedaun Hijau di Angin Lalu. InsyaAllah, sampailah anda ke sana. :)
https://www.facebook.com/Dedaun-Hijau-di-Angin-Lalu-1091442630937579/?fref=ts
Sunday, July 23, 2017
Friday, July 14, 2017
Assalamulaikum
Apa khabar readers? Semoga sihat walafiat hendaknya. Kalau hendak post pasal novel Dedaun Hijau di Angin Lalu sahaja, mestilah tiada idea sangat. Selalunya saya update mengenai novel yang sudah dipos je kan? Pasal lain mengenai buku tu tak tahu nak cerita.
Jadi, saya fikir, baiklah saya manfaatkan blog yang ada untuk penulisan mengenai perkara lain juga. Ok kan?
So, next time saya tulis pasal benda-benda lain juga. Macammana dengan raya anda semua? Semalam saya pergi beraya, ada satu topik menarik dibincangkan oleh tetamu-tetamu lain dengan tuan rumah. Ianya mengenai lafaz taklik semasa akad nikah. Ada yang kata, dia ingat bila suami sudah lafaz taklik tu, dan kemudian tidak bagi nafkah selama empat bulan dan lebih, maka talak sudah jatuh.
Okay, mari kita tengok contoh taklik.
“Manakala saya tinggalkan isteri saya.....(nama isteri).....selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”
Cuba tengok ayat yang warna merah tu. Kena mengadu kepada kadi.. Ianya bukan secara automatik jatuh talak. Kemudian, of course ada prosedurenya. Maybe kaunseling dan sebagainya. Tapi, yang pertama, perlu mengadu kepada kadi dulu ya.
Anyway, saya dengar proses untuk bercerai ada yang susah, terutamanya bila si suami enggan melafazkan talak. Nafkah tak bagi, talakpun dia taknak kasi.
Ada satu kes tu, tidak diberi nafkah selama empat tahun. Si suami penghisap dadah. Mintak dilepaskan taknak. Dia kata si isteri nusyuz. Kalau dah nusyuz, ceraikan jelah. Si isteri memang nak bercerai, si suami pula yang taknak lafaz. Empat tahun bayangkan. Saya pelik juga kenapa tak jatuh talak sepertimana taklik di atas tu kan?
Penghisap dadah, tidak bagi nafkah selama empat tahun dan isteri sudahpun mengadu. Kalau ikutkan, dah sabit dah. Samada fasakh atau khuluk, bayar RM1.00. Tapi entahlah apa sebab yang jadi lambat.
Monday, May 8, 2017
Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu untuk Ibu
Assalamualaikum...
Hari ibu akan menjelang tak lama lagi. Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu amat sesuai dihadiahkan kepada ibu. Novel ini diterbitkan pada tahun 80an. Kebanyakan pelanggan saya bercerita, mereka pertama kali membaca novel ini ketika di sekolah menengah. Bertahun-tahun mereka mencari novel ini untuk dibaca semula, baru sekarang jumpa, iaitu dengan sayalah. hehehe. So, adik-adik, mungkin ibu anda juga termasuk dalam golongan mereka yang tercari-cari novel Dedaun Hijau di Angin Lalu yang evergreen ini. Apa lagi, jom, whatsapp saya dan dapatkan satu naskhah untuk ibu anda sempena hari ibu ini. Hubungi saya di talian 012-7727567. Saya tunggu ni. Thanks.
Thursday, April 20, 2017
Dedaun Hijau di Angin Lalu
Assalamualaikum,
Semalam novel ke Putrajaya. Kepada yang berminat, sila hubungi saya di talian 012-7727567.
Friday, September 23, 2016
Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu
u
Bila saya tengok gambar ni dalam blog orang lain, saya sudah tahu, gambar buku ini saya yang punya. Memang saya tak letak watermark, sebab tu orang boleh copy paste. Takpelah. Anyway, saya masih menjual novel Dedaun Hijau di Angin Lalu ini macam biasa, macam dulu-dulu. Namun, harganya naik sikit. Sekarang, satu buku adalah RM50 termasuk harga pos.
Jika sahabat sekalian mahu beli, boleh hubungi saya melalui nombor telefon ini: 019-7404567 atau 012-7727567.
Monday, September 29, 2014
Alhamdulillah
Google sudah release blog Nazqim Bookstore. Anda semua bolehlah melawat blog tersebut seperti biasa. Namun, alang-alang blog ini juga sudah tersedia, anda boleh saja mendapat info mengenai Nazqim Bookstore dan Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu di blog ini.
Kepada pembaca baru, sila ke link ini sekiranya anda berminat untuk membaca blog yang terdahulu.
Sekali lagi saya letakkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya berminat untuk mendapatkan novel Dedaun Hijau di Angin Lalu atau buku-buku lain.
019-7404567 dan 012-7727567
Sunday, September 28, 2014
NEW BLOG
Assalamualaikum,
Ada sesuatu telah berlaku kepada blog Nazqim Bookstore. Ianya telah diremove oleh Google sebab saya tersalah klik masa nak upgrade blog. Saya sudah hantar penjelasan, tapi tak tahulah diterima atau tidak. Katanya akan ambil masa 3-5 hari untuk mereka ambil tindakan. Harap-harap mereka release semula blog saya tu.
Sementara menunggu keputusan Google tu, saya buat blog baru ni. Yelah tengah free ni kan? Harap sangat my existing readers dan customers akan jumpa blog ni.
Sesiapa yang hendak order novel Dedaun Hijau di Angin Lalu, karya Manaf Hamzah, bolehlah hubungi saya macam biasa di talian 019-7404567 atau 012-7727567.
Ada sesuatu telah berlaku kepada blog Nazqim Bookstore. Ianya telah diremove oleh Google sebab saya tersalah klik masa nak upgrade blog. Saya sudah hantar penjelasan, tapi tak tahulah diterima atau tidak. Katanya akan ambil masa 3-5 hari untuk mereka ambil tindakan. Harap-harap mereka release semula blog saya tu.
Sementara menunggu keputusan Google tu, saya buat blog baru ni. Yelah tengah free ni kan? Harap sangat my existing readers dan customers akan jumpa blog ni.
Sesiapa yang hendak order novel Dedaun Hijau di Angin Lalu, karya Manaf Hamzah, bolehlah hubungi saya macam biasa di talian 019-7404567 atau 012-7727567.
Tajuk Novel: DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU
Penulis: MANAF HAMZAH
Harga termasuk pos: RM45 (Semenanjung)
RM50 (Sabah dan Sarawak)
Subscribe to:
Posts (Atom)