Sunday, July 23, 2017

Assalamualaikum...
Anda juga boleh melayari Facebook page Dedaun Hijau di Angin Lalu. Search sahaja Dedaun Hijau di Angin Lalu. InsyaAllah, sampailah anda ke sana. :)

https://www.facebook.com/Dedaun-Hijau-di-Angin-Lalu-1091442630937579/?fref=ts

No automatic alt text available.

Friday, July 14, 2017

Assalamulaikum

Apa khabar readers? Semoga sihat walafiat hendaknya. Kalau hendak post pasal novel Dedaun Hijau di Angin Lalu sahaja, mestilah tiada idea sangat. Selalunya saya update mengenai novel yang sudah dipos je kan? Pasal lain mengenai buku tu tak tahu nak cerita. 
    Jadi, saya fikir, baiklah saya manfaatkan blog yang ada untuk penulisan mengenai perkara lain juga. Ok kan?
   So, next time saya tulis pasal benda-benda lain juga. Macammana dengan raya anda semua? Semalam saya pergi beraya, ada satu topik menarik dibincangkan oleh tetamu-tetamu lain dengan tuan rumah. Ianya mengenai lafaz taklik semasa akad nikah. Ada yang kata, dia ingat bila suami sudah lafaz taklik tu, dan kemudian tidak bagi nafkah selama empat bulan dan lebih, maka talak sudah jatuh. 
 Okay, mari kita tengok contoh taklik. 

“Manakala saya tinggalkan isteri saya.....(nama isteri).....selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”

Cuba tengok ayat yang warna merah tu. Kena mengadu kepada kadi.. Ianya bukan secara automatik jatuh talak. Kemudian, of course ada prosedurenya. Maybe kaunseling dan sebagainya. Tapi, yang pertama, perlu mengadu kepada kadi dulu ya. 
   Anyway, saya dengar proses untuk bercerai ada yang susah, terutamanya bila si suami enggan melafazkan talak. Nafkah tak bagi, talakpun dia taknak kasi. 
    Ada satu kes tu, tidak diberi nafkah selama empat tahun. Si suami penghisap dadah. Mintak dilepaskan taknak. Dia kata si isteri nusyuz. Kalau dah nusyuz, ceraikan jelah. Si isteri memang nak bercerai, si suami pula yang taknak lafaz. Empat tahun bayangkan. Saya pelik juga kenapa tak jatuh talak sepertimana taklik di atas tu kan? 
     Penghisap dadah, tidak bagi nafkah selama empat tahun dan isteri sudahpun mengadu. Kalau ikutkan, dah sabit dah. Samada fasakh atau khuluk, bayar RM1.00. Tapi entahlah apa sebab yang jadi lambat. 

Monday, May 8, 2017

Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu untuk Ibu

Assalamualaikum...
Hari ibu akan menjelang tak lama lagi. Novel Dedaun Hijau di Angin Lalu amat sesuai dihadiahkan kepada ibu. Novel ini diterbitkan pada tahun 80an. Kebanyakan pelanggan saya bercerita, mereka pertama kali membaca novel ini ketika di sekolah menengah. Bertahun-tahun mereka mencari novel ini untuk dibaca semula, baru sekarang jumpa, iaitu dengan sayalah. hehehe. So, adik-adik, mungkin ibu anda juga termasuk dalam golongan mereka yang tercari-cari novel Dedaun Hijau di Angin Lalu yang evergreen ini. Apa lagi, jom, whatsapp saya dan dapatkan satu naskhah untuk ibu anda sempena hari ibu ini. Hubungi saya di talian 012-7727567. Saya tunggu ni. Thanks.


Thursday, April 20, 2017

Dedaun Hijau di Angin Lalu

Assalamualaikum, 
Semalam novel ke Putrajaya. Kepada yang berminat, sila hubungi saya di talian 012-7727567.